Thursday, August 20, 2009

konvo ukm..

assalamualaikum & salam ceria semua..

hari ni dah selamat balik ke tg malim..semalam gi ukm..ada konvoksyen..mula2 xrasa excited sgt.. tapi bila tgok diorg pakai jubah..rasa excited plak..x sbr rasanya nak knvo thn depan..insyaallah..

konvo kat ukm meriah jgk la kalau nk dibandingkn dgn upsi ni jauh bezanya..memang ramai sgt2..tp petang ok sikit r..dh surut dh..=p

boleh la bgambar sebab dah xramai orang..kalau tak, kena beratur tunggu turn bergambar...
apalagi, kitorg pon tak ketinggalan amik gambar..sebenarnya yang tuan yg konvo tu xdela seexcited kitaorg yg xbknvo lg ni..hee..


ni gambar ktorg, org yg knvo xtau gi mn dh




ni member yg knvo..=p




semalam..19 ogos 09

hari ni fst plak yg knvo..hehe..mr.ridwan pon konvo jgk..=p


comey kn wrna purple =p

lagi comey kalau sedondon ngan baju..contohnya..yg nie..



dan tanpa disedari...


terkonvo jugak..hee =p



apepon..tahniah untuk semua yg dah konvo..thn depan jgn lupa dtg upc plak ek..hehe

sekian...peace no war..=p

malang tidak berbau..

..malang tidak berbau..

kalau berbau, awal2 lagi kita boleh elak dari dekat ngan malang tu kan..


kalau pakai mask, lg la xdpt nk bau awl2 kan..

Tuesday, August 11, 2009

hari ini dalam sejarah..


........???????......











.....sob..sob..sob..

Monday, July 27, 2009

sesodap raso..

Assalamualaikum wbt dan salam ceria..=)

Hari ini ada sikit perasaan rajin..so bangun pagi terus mengadap tesis..buat2 rajin la konon..2 ari sebelum ni asyik buang masa je..huhu..takpe la..lagipun tak banyak sangat edit..lepas antar kat en syah nanti, kene edit lagi..hurm..camtulah selagi tak siap2 tesis nih..(bila la nak siap??))..

Kul2 stop keje2 mengedit..letih ngadap laptop jer..laptop pon dh letih mengadap tuan dia nih..haha..kul2 baru mandi..hii..takpe,awek muda!=p ..perut lapar jugak..tapi petang baru boleh makan..ish..camna ni?..tido dulu r..

Lepas sejam baru bangun balik..dahaga plop..turun dapur amik air sanquick..masam betol..huh..takper2,awek muda =p..

Ingat nak sambung wat tesis, tapi kemalasan melanda..last2 buka youtube, tengok citer
blogger boy..best jgk..layan citer dari episod 6 sampai 9..lama jugak tuh..tapi x terasa lama pon..haha..(buang masa katakan..=p)

Lepas solat sambung lagi tgok citer..dekat2 kul6 baru stop..sebab..perutku berbunyi..huhu

Turun dapur..mcam bese r menu diet..masak sup sayur lagi..hehe..boring jugak makan tu jer..tapi tak pe la..asalkan konyang perut den..=p


Mula-mula macam xslera sangat nak mkn..tapi pas siap masak..nampak mnyelerakan plop..hihi..ni haa..


Nyum165x!!hehe...penuh mangkuk..kesian mangkuk nih..


beberapa minit kemudian...

Perut dah kenyang nih..tapi ada lagi kuah nih..camne nih??=p


dan tanpa membuang masa...

Tak baik membazir..maka, licinlah mangkuk tu..tinggal cili je terkontang-kanting kt dlm
tu..hehe..alhamdulillah..


Sekarang baru rasa bertenaga sikit..malam nih boleh sambung edit tesis sikit..okla..dah mgrib nih..k..papai!


p/s: Sebenarnya saya sangat sibuk..bila saya sibuk saya sangat malas..bila saya malas saya buat-buat sibuk..



Friday, July 24, 2009

Bila Guru Mentafsirkan Cinta

GURU FIZIK

Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah si dia)

GURU BIOLOGI

Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan linkungannya

GURU KIMIA

Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK

Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM

Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa

GURU PENDIDIKAN MUZIK

Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI

Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH

Cinta akan hanya menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI

Cinta adalah seperti empat musim yang melanda kebanyakan negara Eropah..kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh.

GURU BAHASA

Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

Thursday, July 23, 2009

asal-usul manusia tersedu..


BAHAGIAN yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya, diafram bekerja dengan sempurna.

Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.

Tetapi, ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Akibatnya, anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik.

Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.

Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dahulukala di mana leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas.

Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia.

Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.

Teori mengenai sedu yang diterbitkan di dalam jurnal BioEssays itu menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam.

Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris itu percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi/pengudaraan insang telah merentasi dunia mamalia moden, termasuklah manusia.

Mereka turut membariskan banyak persamaan di antara sedu dengan pengudaraan insang di kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembung.

Straus and rakan-rakan sepasukannya turut mengesyaki tabiat itu telah disesuaikan untuk satu penggunaan baru – membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Mujurlah ia lazimnya berakhir dalam masa beberapa minit sahaja.

Adalah tidak benar tanggapan yang mengatakan sedu boleh dihentikan dengan cara menakutkan atau mengejutkan seseorang. Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi melenyapkannya.

Antaranya dengan cara menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10, segera minum segelas air atau makan sesudu teh gula atau madu.

Jika sedu berterusan sekalipun setelah mengambil langkah-langkah tertentu untuk cuba menghentikannya atau anda sering kali mengalaminya dari semasa ke semasa, anda mungkin mahu berunding dengan doktor mengenainya.

stress!!+ mcm2..

assalamualaikum wbt..

hurm..cmne nk mula ek..hiii..kite mulakn dgn kisah 1..jeng3x!!!....

lokasi kejadian : dlm bilik

tiba2..."ida!ida!maghi cpt!cmast tiyop ni!" kata lela yg tgh sodap mkn..ida yg tgh syok gayut ngn pakwe dia terganggu jab =p (sowi yer da)..hehe..cmne blh termenangis nie?adakah benar2 menangis??...sob3x..nape la agaknyer yer..ad lar citer disebalik citer..yg xdpt disiarkn utk tatapan umum..tp xde la tragis sgt..cume terlebih emosi plop td..huhu..
nk gelak pn ad pas tu..hihi..nsb baik ida ngn lela dh bese dah dgn situasi yg tragis camtu..nsb la da & la..=p

next...=p

td ad kls organic..ngn en.syah..kirenye kelas tu dpt mengurangkan sedikit kestressan diri ini..
banyak plop dia buat lawak..terhibur la jgk sikit2..siap bg teka-teki teka-tekuk lg..sape dpt jawab dia akn bg markah bonus..huh..tp pening gak teka-teki tu..xterjawab den..last2 xde pom yg jawab..rasanya en.syah pon xtau jawapan tu ap..kan2??=p..tp xkesahlah..asalkan kelas tu blalu dgn cpt..bgs2..banyak sangat iklan..tu yg best tuh..btl x kwn2??hehe..=p tepat kul4, en syah bg balik..yey!itulah saat yg ditunggu2x!!..ap lagi..mcm biasa..merempit r pastu ngn ida..haha..tp nek beskal je la..jimat...xyh isi minyak..kan2x??=p..

bile smpai umh rasa lapaw la plop..rs nk mkn mcm2 nih..huh..adakah perlu melanggar etika diet lg??..bile ingtkn stress td (kisah 1), trus order ns goreng patani + limau ais!!memang sodap!
nsb baik ad duit lg dlm purse..huhu..tp balance dlm purse dh tggl singgit pas byr..=p ni ad utang singgit setengah ngn ida nih..utang air nyior..esk br byr ye da..=)

hurm..letih dh menaip nih..xtau dh nk tls ap..chop2x!!!td dpt tau praktikum utk stdnt kimia kt slangor..adeh..ad baik dan ad buruknyer..sumer dh ditetapkn..tggu nama kuar je nex week kot..hum..apepon..harap2 dpat lakukan yg tbaik utk praktikal nnti walau dimana jua ku berada..=)

k la..dh lewat nih..ni time tdo dh ni..=p okkkkkkk...lastly..
yg pasti diri ini sentiasa merindui si dia..=p